Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

Assalamualaikum wbt pd korang yang visit blog aku , terima kasih :) semoga korang sihat hendakNYA...okay straight to the point laaa kannn .. berdasarkan tajuk dekat atas tu , sebenarnya 50-50 manusia ada yang bersyukur dan masih tidak bersyukur..betul kannn kengkawannn ? sepatutnya kita seharusnya besyukur .. sebab masih ada org lain yg lebih teruk daripada kita sebenarnya .. cuma kita ni yang leka dengan harta duniawi , btw aku tak ckp korang just pendapat aku lahh .. ( semua manusia yang Allah ciptakan tidak sempurna ) dan yang tidak sempurna tuu .. kita belajar dari kesilapan yang lalu .. sesungguhnya kita patut bersyukur..ni aku nak share laa dengan korang ... ( walaupun ada yg dah tahu, tapi aku playback balik dalam blog aku )




1. Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur di waktu malam,kerana beliau 
tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
2. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan
kerana itu bermakna dia berada di rumah,bukan dijalanan berpeleseran
3. Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar,kerana itu bermakna kita 
masih mempunyai pekerjaan.
4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat,kerana itu bermakna kita cukup 
makan.
5. Untuk lantai yang perlu dimop,tingkap yang perlu dilap,dan rumah yang
perlu dikemas,kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. Untuk bunyi bising jiran-jiran,kerana itu bermakna kita masih lagi boleh
mendengar.
7. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna
kita ada pakaian untuk dipakai.
8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja,kerana itu 
bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
9. Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif,kerana itu bermakna kita
masih berupaya untuk berjalan.
10.Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi,kerana itu bermakna
kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...
Wallahu A'lam...

2 comments:

keynah said...

Syukur dengan kejadian Allah..dan sangat bersyukur kerana diberi peluang hidup sehingga ke hari ni...

sue said...

betul..tapi kita memang tidak dapat larikan diri dari sifat tidak puas hati dgn apa yg kita ada :) dan syukur kerna kita masih diberikn peluang hidup utk berbakti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...