Peristiwa Israk Mikraj-Perintah Solat 5 Waktu

Peristiwa Israk Mikraj berlaku setahun selepas penghijrahan Rasullah SAW ke Madinah.Dari riwayat sahih diceritakan beberapa kejadian yang berlaku sebelum Rasullah SAW dibawa berjalan ke Israk dan Mikraj.Baginda dibawa Jibril ke Baitul Muqaddis dari rumahnya.Bersama Jibril ada bekas ( bejana) berisi hikmat dan iman lalu dimasukkan ke tubuh Rasullah SAW setelah selesai proses membelah dada dan penyucian hati dengan air zam-zam.

Kemudian Allah SWT membawa Buraq,iaitu makluk yang panjang dan berwarna putih serta boleh melangkah sejauh mata memandang.Lalu Rasullah SAW ditemani Jibril berangkat (Israk ) ke Baitul Muqaddis dengan menaiki Buraq.

Dari Baitul Muqaddis baginda Mikraj ke langit pertama hingga ke tujuh.Sepenjang perjalanan itu Allah SWT telah memperlihatkan pelbagai kejadian aneh dan pelik sebagai balasan hambanya di dunia yang melakukan kebaikan dan kemungkaran.

Peristiwa paling besar dan penting diterima Rasullah SAW ialah perintah Allah yakin solat.Sewaktu tiba di Sidratul Muntaha 
Rasullah SAW menerima perintah supaya umatnya menunaikan solat fardu sebanyak 50 waktu sehari semalam.


Setelah menerima perintah itu Rasullah SAW dan Jibril bersiap untuk turun ke bumi.Pada ketika itu baginda bertemu Nabi Musa AS yang bertanyakan hal itu.Setelah mendengar penjelasan Rasullah Nabi Musa berkata, "Kembalilah ke Tuhanmu dan mintalah sedikit keringan kerana bilangan itu tidak terdaya dilakukan uamtmu ya Muhamad."

Rasullah SAW dan Jibril kembali menghadap tuhan.Selepas dipohon keringanan itu,maka jumlah solat dikurangkan kepada 40 kali.Apabilka berjumpa dengan Nabi Musa As kembali, dia meminta Rasullah SAW menemui Allah Taala sekali lagi supaya jumlah itu dapat dikurangkan lagi.


Beberapa kali Rasullah SAW berulang alik bertemu Allah SWT sehinggalah Allah mengurangkan kepada 10 kali dan akhirnya menjadi 5 kali sehari semalam saja.Nabi Musa masih merasakan umat Muhamad masih tidak mampu melaksanakan ibadat 5 waktu itu,tetapi Rasullah SAW nekad untuk tidak lagi menghadap Allah SWT kerana baginda malu untuk berdepan dengan Allah Taala.

Biarpun jumlah solat dikurangkan menjadi 5 waktu saja namun ganjaran pahalanya seperti menunaikan solat 50 waktu.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...