10 Perkara Jangan Tentang Telefon




1. Jangan Simpan Dalam Poket
Bagi lelaki yang suka menyimpan handphone (hp) didalam poket seluar, sebaiknya sebaiknya selepas membaca ni akan berfikir dua kali kerana, hp menghasilkan medan elektrostatik & elektromagnetik yang mengakibatkan ketidaksuburan lelaki. ^_^

2. Jangan Guna Dekat Barangan Elektronik
Jangan gunakan hp ketika isyarat lemah berdekatan barangan elektronik berkuasa tinggi. Contoh barangan elektronik mengeluarkan medan elektonik yang tinggi seperti televisyen, oven, peti sejuk, radio dan lain-lain.. daya yang dikeluarkan oleh barangan tersebut boleh mengakibatkan kebakaran pada printer circuit board (pcb) dalam hp terbakar.

3. Jangan Dekat Dengan Kunci Kereta
Dalam keadaan tertentu, hp yang digunakan dalam kendaraan akan memberikan impak kerosakan terhadap peralatan elektronik kenderaan. Hpl yang diletakkan terlalu dekat dengan kunci kenderaan boleh mangakibatkat terhapusnya kod yang ada dalam sistem elektronik pada kunci kenderaan tersebut.

4. Jangan Dekat Dengan Komputer
Komputer & hp adalah alat yang gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak yang dekat, maka keduanya akan saling merosakkan. Anda tentu tidak ingin kalau kedua-dua gajet kegemaran anda kerosakkan ?

5. Jangan Simpan di Tempat Bersuhu Tinggi
Tempat bersuhu tinggi, kelembaban tinggi, & berdebu merupakan geng musuh hp anda.. Mungkin anda tidak menyedari yang anda sering kali “menjemur” hp anda di atas dashboard kereta, tingkap & beg. 

6. Jangan Meletakkan Kad SIM Dekat Magnet
 
Bahaya kad SIM dekat dengan benda-benda yang mengandung magnet kerana radiasi yang dipancarkan. Hp juga berkebolehan untuk merosakkan kad memori & kad kredit anda.

7. Jangan Dekat dengan Logam
Hindari hp anda daripada berdekatan dengan logam-logam kecil kerana speaker hp anda akan menarik benda-benda tersebut. Hp akan mengalami kerosakan fizikal. 

8. Jangan Dekat Alatan Hospital

Kebanyakan hospital adalah tempat yang paling tak sesuai untuk hp. Selaian pesakit memerlukan ketenangan, peralatan media seperti alat bantuan pendengaran & alat pengepam jantung akan terganggu. Jangan kerana hp, anda menjadi seorang pembunuh dalam senyap

9. Jangan Dekat Dengan Gas Yang Mudah Terbakar
 
Gas merbahaya kerana mempunyai tekanan yang tinggi dan juga mudah terbakar. Berada dekat dengan gas yang mudah terbakar boleh mengakibatkan hp anda tidak berfungsi dengan baik. 

10. Jangan Basah
 
Rasanya kita semua sudah tahu betapa bahayanya air bagi hp. Air juga musuh kepada kamera hp.. Apatahlagi ketika musim hujan, boleh mengundang banyak masalah. Bagi penunggang motorsikal, bersiap sedialah untuk menyembunyikan hp anda sebelum hujan tiba.

Sepatah dua :
Semakin canggih teknologi semakin kurang kualiti
untuk kesihatan manusia.

2 comments:

Amirul Aqiim said...

jangan simpan dalm poket? err..


oke, lpas nie kena pegang je lah.. x brani dh nk simpan lam poket.. kih3 ^^

sue said...

agak pelik kannnn ? mesti terfikir bila tiap tiap hari awk, dan org lain yg simpan hp dekat dlm poket ? betul betul .. tapi saya smpn hp dekat dlm beg ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...