Umpama seorang pemancing yang melepaskan kembali ikan yang ditangkap, tanpa mempedulikan kesakitan yang dialami oleh ikan tersebut....Kesakitan kerana cedera dimulutnya gara-gara terpedaya dengan umpan yang terlekat pada mata kail yang tajam, kerana sangkanya, umpan itu akan memberi kekenyangan padanya untuk meneruskan hidup...Kenapa tidak disimpan saja ikan itu untuk dibuat masak tetapi membiarkan ikan itu hidup dengan parut derita? Mungkin juga salah ikan itu, kerana terlalu lalai sehingga lupa untuk membezakan antara derita dan bahagia.
Begitulah juga seperti manusia. Kadang-kala ketika hati berkeras untuk mempertahankan cinta yang masih belum menjadi milik sesiapa dihati, tetapi oleh kerana sifat manusia itu sendiri pada awalnya diciptakan dengan hati yang lemah lembut, telah membuatkan cinta itu ditawan sedikit demi sedikit. Daripada sebuah perhubungan yang hanya berdiri diatas jalan yang bernama kawan, kemudian sehari demi sehari mula mengorak langkah setelah harapan diberi, sehinggalah jalan itu berakhir dengan simpang. Di simpang itulah yang telah mengubah hidup kau. Kerana disitulah kau bertemu dengan pembunuh cinta kau. Cinta yang diharapkan supaya menjadi cinta pertama dan terakhir, hancur hanya kerana seorang insan yang tak tahu makna cinta dan mahalnya harga cinta pertama tu.
Jika kau rasa tidak ada seorang pun yang mampu untuk membantu kau, maka disitulah DIA ingin kau kembali padaNYA. Mulalah menadah tangan kelangit dan bermohon kepada DIA yang telah memberi peluang kepada kau untuk hidup di dunia. DIA yang telah menyatukan nyawa dan jasad kau sehingga bersatu menjadi makhluk yang dicemburui oleh para malaikat dan iblis. Jika hari ini kau berdoa, dan esok masih tiada jawapan, teruskanlah berdoa. Berdoalah moga diberikan kekuatan dan pertemukanlah jodoh kau semoga kau menjadi hambanya yang kembali taat. Seperti mana yang kau lafazkan dulu kepada NYA sebelum kau dilahirkan ke dunia, sebelum nyawa dan jasad bersatu, iaitu meninggalkan segala larangannya dan mengikut segala suruhannya.
copy paste je korang semua boleh masuk link dia kat label tu okay ?
No comments:
Post a Comment