Sekuntum mawar merah

Pada masa dahulu ada  seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya di  
perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca  novel & buku cerita 
sehingga suatu hari dia telah terjumpa  sebuah novel yang ada tertulis nama & 
alamat seorang gadis di  salah satu muka suratnya. Tertulis disitu 
"Catrina...kesepian  & perlukan sahabat".

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat  kepada si gadis. Setelah pulang ke 
rumah, jejaka itu  menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan  
gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat  balasan daripada gadis 
bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan  dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar  bulan. Persaha! batan mula bertukar 
kepada perasaan sayang.  Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si  
jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga  dengan si gadis. 
Walaupun kedua-keduanya masih  belum
melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap  berbuku di hati.

Sehingga suatu hari, si jejaka d ipanggil  oleh bala tentera untuk pergi ke 
medanperang. Si jejaka amat susah hati kerana  dia takut sekiranya dia tidak 
akan mungkin bertemu  dengan si gadis. Maka diutuskannya surat berbunyi  
"kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih  sayang padaku,kita 
berjumpalah di stesen keretapi di bandar  kamu pada hari perang diumumkan 
tamat nanti. Aku akan  memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar  
berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu  juga memegang bunga 
mawar merah. Setelah itu izikanlah aku  membawa mu makan malam dan bertemu 
orang  tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah  mengutuska! n surat itu...

Beberapa bulan  kemudian...

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke  stesen
keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil  memegang
bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi seorang gadis  yang
lalu sekiranya dia turut memegang  bunga.

Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak  berisi dan duduk di 
kerusi roda sambil melihat sekeliling.  Kakinya kudung dan tangannya cacat 
sebelah... sebelah lagi  tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna  
merah... Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan  diri menghampiri si 
gadis.

"Catrina?" Gadis itu  melihat ke arah si jejaka dan tersenyum. Si jejaka  
terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan  berkata "aku amat 
merinduimu. Terimalah bunga ini dan  pelawaan ku untuk makan malam. Orang 
tuaku tidak sabar untuk  bertemu
denganmu.." sambil kemudian mencium tangannya. Si gadis  itu
terus bersuara.."aku tidak tahu apa yang terjadi.! Tapi  ada
seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku  sebentar
tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang  menunggu kamu di 
restoran dekat stesen ini sekiranya kamu  mempelawaku makan malam dan bertemu 
orang  tuamu....."

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia  melihat kepada hati 
dan bukan kepada rupa.. dia telah  mengotakan janji nya dan tetap berpegang 
kepada perasaan sayang  walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat  
itu adalah Catrina... Sesungguhnya semua manusia harus  berfikir seperti 
dia...


Adakah lagi insan seperti lelaki ini di dunia ini????  Menerima 
seadanya...dgn hati yg tulus dan ikhlas.........  fikir2kanlah.... 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...