KISAH PENGGUNTING RAMBUT


Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.
Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.
“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.
Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.
“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.
“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.
“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.
“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.
Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.
“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.
“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.
“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.
“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.
“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.
“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.
“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.
“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.
“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.
Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.
“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”
“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.
“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Tanda Orang yang Bersyukur

Sabda Rasullullah yang bermaksud :
"Apabila seseorang darimu memandang orang yang lebih darinya dari segi harta kekayaan dan rupa paras, maka hendaklah ia melihat pula kepada orang-orang yang lebih bawah darinya"

HURAIAN HADIS

Menurut ahli jiwa, disana ada dua sikap atau dua reaksi yang mungkin diambil seseorang apabila ia melihat orang-orang lain mempunyai kelebihan-kelebihan yang mengatasinya terutama dari segi kelebihan kekayaan dan kecantikan rupa.
Pertama: Ia melihat dengan perasaan hampa dan kecewa, ia melihat dengan perasaan dengki dan cemburu, ia melihat dengan hati yang diburu perasaan rendah diri, perasaan hina dan tidak puas terhadap diri sendiri, ia melihat dengan sikap meragui dan mempertikaikan keadilan Allah.
Kedua: Ia melihat dengan dada yang lapang dan dengan pengertian yang sihat bahawa ni'mat Allah kepada manusia itu adalah nisbi belaka.  Kebahagiaan dan nilai seseoarang bukan semestinya dicapai dengan kekayaan dan rupa yang cantik sahaja.  Betapa ramai orang kaya tetapi hidupnya celaka dan mempunyai nilai diri yang kosong, betapa ramai rupawan dan si tampan, tetapi hidupnya jauh dari bahagia dan nilai dirinya bergelimang dengan dosa dan noda.  Dan betapa ramai orang yang tidak punya kekayaan tetapi hidupnya bahagia, puas dan penuh erti, dan betapa ramai si buruk dan si hodoh yang mendapat tempat dalam hati khalayak ramai dan hidupnya bahagia dan gembira
Hadis ini menyarankan satu kaedah hidup yang bijaksana, jika kita memandang ada orang yang lebih kaya, lebih cantik, lebih pandai dan lebih bernasib baik dari kita, maka cepat-cepat kita menoleh ke bawah melihat betapa ramai manusia yang lebih kecil harta kekayaan dan lebih buruk parasnya dari kita, dari sini akan tercetuslah dalam hati kita rasa kesyukuran dan kepuasan yang mendalam.

Hati orang mu'min sentiasa dilimpahi kesedaran bahawa nilai hidup seseorang manusia disisi Allah bukan terletak pada kekayaan, pangkat kebesaran dan kecantikan rupa paras malah terletak pada pada darjat takwa dan ubudiahnya kepada Allah.  Inilah nilai hidup ubudiah yang tidak akan terjejas dengan perubahan-perubahan alam sekitar dan keadaan.

Update:3 disember 2011

Assalamualaikum wbt korang , sorry lama sangat tak update .. agak busy sejak kebelakangan ni :) korang sihat ? sekarang ni musim hujan kann , so be careful awak-awak semua .. yang tak sihat jangan lupa makan ubat .. ni miss sue ada sedikit ilmu yang boleh dishare bersama-sama .. especially kepada kaum hawa , mesti awak semua suka kannnn , hehe okay just read jak :)


Rahsia  Warna  Kegemaran  Wanita

Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna  dan tafsiran perwatakannya.

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.
BIRU 
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.
HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.
HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.
COKELAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.
UNGU 
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak  tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.
KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan  bijak.
KUNING 
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.
 PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

korang yang mana satu ya ? hehe , jangan terlalu mempercayainya tau .. just suka-suka


loveyousunshine 
xoxo : miss sue

Antara kau dan aku

Assalamualaikum wbt semua , hai .. apa khabar semua ? sihat ? hehe .. sesiapa yg sentiasa in blog sue ( oh ! ada ke? ) haha .. maafkan miss sue ya ! lama tak update .. busy dengan trip+assignment+penat+tiada idea :) btw bagi sesiapa yg tinggalkan link blog tu miss sue akan cuba untuk terjah blog korang okay ^.^ hari ni miss sue just nak story pasal future husband miss sue yang lama miss sue tak hupdate pasal dia , saja nak buat kejutan ! (ceh!kejutan kononnn) dan tajuk ni agak manisssss .. sesiapa yg read , sorry ya .. memang kali ni miss sue nak buat entry tentang dia ...

for you future husband :
Assalamualaikum wbt,sorry sayang..pasal kelmarin buat you panic or something else about me , btw i nak you tahu i sayangkan you , selagi i ada dengan you .. i akan cuba untuk buat you tersenyum , ketawa , susah dan senang i akan ada dengan you .. macam yang kita janji , InsyaAllah..
i tahu kadang-kadang tu you stress dengan perangai i yang kadang-kadang tak menentu ni kann .. tapi you still juga nak pujuk i .. masih sayang you dengan i kann , terima kasih you .. thanks for care sangat dengan i .. and for everything's ya dear .. may Allah bless you :')
p/s:walaupun suara you tak sedap,i tetap sayangkan you !

Patung dari virus penyakit


Boleh tak bayangkan bahawa virus seperti HIV, Spylis, Gonorrehea dan virus-virus terkenal serta microba seperti ini boleh menjdi sangat manis dan lucu?

Seorang designer kreatif telah menciptakan mainan boneka dari virus dan mikroba terkenal yang dibuat dengan skala 1 X 1.000.000

Ini hasilnya :

Bacteria Bookworm


Bacteria Clap (Gonorrhoea)


Bacteria Cold (Flu)


Bacteria Ecoli (Colon Bacillus)


Bacteria Flesheating (Necrotic Fasciitis)

comel kan kawan kawan ? lucu sangat !

credit : sini

tiga jenis header aku yang simple !

Assalamualaikum wbt , hai kawan kawan , lama sangat miss sue tak update blog ni .. cewahhh ! rindu uol's ! miss sue nak offer kan kepada kawan kawan blogger especially girl's !!! yg newbie tak tahu nak buat header mcm mana ?! kannnn so miss sue boleh buat kan TANPA BAYARAN ! wahhh !! promosi kannn kannn .. haaa miss sue akan ada kan offer ni selama seminggu ! korang tak nak ke ? miss sue boleh buat kan header untuk korang dgn citarasa korang .. best kannnn ?? tapi miss sue suka header yang sangat simple ! korang yg suke colourful ! miss sue pun boleh buat untuk korang ! haaaa so jangan laaa lepas peluang ini ya kawan kawan !! ni header yang miss sue buat , tp miss sue suke yg simple simple :) sebelum itu korang mesti tertanya tanya adakah doodle yang dibawah miss sue buat atau pun copycat dekat bloger lain ?? YES ! ada setengah miss sue ambil dekat blogger lain dengan izin tau ! yang lain bantuan abang google aauum aaaumm ! hehe so kepada yang berminat jangan lupe komen entry nie , or straight ke fb miss sue okay :) 




kepada follower miss sue , apa lagi jom laaa dapatkan header secara free di blog miss sue selama 
SEMINGGU !!

Relationship Status di Facebook – Cerita Di Sebaliknya


Facebook relationship
Kali ni aku nak cerita sikit pandangan aku pasal relationship status kat Facebook orang. Banyak yang kita boleh huraikan sebenarnya. hehe~ Satu lagi entri ntahapehape daripada Ariff Shah.

Single

Awek singleTerang dan nyata, tak perlu bersuluh lagi. Kalau perempuan letak status single, bunyinya lebih kurang macam ni “Hello, Nama saya XXX. Umur X. Saya masih single. Marilah berkenalan dengan saya =)” Kiranya awek yang letak relationship status as single ni memang dah ready untuk berkenalan dengan lelaki lain dan mungkin menjalin hubungan dengan mereka.
Kalau lelaki pulak, aku cakap kurang macho sket. haha~ Untuk lelaki, elemen surprise tu penting. Macam ni, mula-mula kita tunjuk minat kat girl tu. Tanya itu ini bla bla bla, lepas tu bila girl tu sedar yang kita bagi dia banyak attention mesti dia tertanya-tanya “ish.. mamat ni single ke tak ni?” Anxiety atau perasan ingin tahu bertindak lebih baik daripada kalau perempuan tu awal-awal lagi dah tau ko single. Sebabnya, kalau dia tahu ko single dan ko approach dia cakap nak kenal, dia dah bajet awal-awal yang ko mi tak lain dan tak bukan nak ngorat dia. Perempuan akan perasan hot bila ramai lelaki nak kenal dengan dia (ni aku tau daripada perempuan sendiri ok!) dan confirmla ramai lelaki tengah, sedang dan telah approach dia . Jadi agak susah la nak curi hati dia. chewahhh~
Lagi satu kalau lelaki yang tunjuk status single ni macam tak heran sangat nak ber-relationship ke tak masa tu. Mereka hanya menjadi jujur, tak nak fikir banyak-banyak sangat pasal perempuan.

In a Relationship

Yang ni dia tak cakap in a relationship dengan siapa. Sebabnya:
  1. Pasangan dia takde Facebook <– wujud lagi ke orang macam ni?
  2. Dia nak relationship tu jadi private, mungkin dalam friend list ade 5000 friends.
  3. Couple dia tak comel/kacak/cantik?
  4. Couple dia sama jantina, kira nak sembunyikan ke-homoseksualan dia la.
  5. Pasangan dia dah deactivate akaun Facebook tapi mereka masih bersama.
Kalau yang tulis dia in a relationship dengan si polan bin/binti si polan pulak:
  1. Pasangan cantik/hot/kacak/macho/bergaya. Mesti tunjuk kat semua orang. hoyeah~
  2. Biasanya pasangan ni kawan, mungkin kawan masa sekolah atau kawan kat uni, so kalau couple announce je la kat Facebook.
  3. Saje nak make it official. Sekarang ni Facebook dah jadi semacam kayu ukur relationship orang pulak padahal benda relationship ni personal, kalau tak mention pun takpe.
  4. Apa lagi? aah~ Aku dah buntu.. Tambah sendiri.

It’s Complicated

Golongan yang ni la kan aku rasa memang attention seeker betul la. Kalau relationship dah tak tentu dan ada complication tu tak payah la bagitau satu dunia, benda relationship ni sepatutnya jadi personal. Time happy boleh la share dengan satu dunia, time tak happy simpan sendiri cukuplah.
Yang jelas kat sini ialah, mereka ni mungkin jenis yang kurang serius dengan relationship tersebut. Dalam relationship ni, jangan elak daripada berhadapan dengan masalah. Lagi banyak kita elak, lagi besar masalah tu jadi. Bila sampai satu tahap besar sangat, dengan sakit hati yang dah terkumpul sekian lama, memang relation tu tak akan ke mana. Masing-masing dah bosan dan muak. Jadi kalaulah ada masalah sekecil mana pun, selesaikan dan kalau perlu, minta maaf atau maafkan kesalahan yang menjadi penyebab masalah tu. Kemaafan itu adalah sesuatu yang manis
Forgiveness is a funny thing.  It warms the heart and cools the sting.  ~William Arthur Ward

In An Open Relationship

Agak kelakar sebenarnya banyak orang kita dalam Facebook kadang-kadang letak status in an open relationship. Bila tanya balik tahu ke tak apa maksud status tu, semua terpinga-pinga tak reti jawab.
Pertama sekali kena tahu yang Facebook ni adalah permainan sosial orang putih pada asalnya. Mereka ni open, termasuklah bab-bab seksualiti ni semua. Jadi mereka cipta la status in an open relationship ni untuk pasangan yang tak mahu terikat tapi masih mahu bersama. Faham tak macam mana? Kononnya mungkin mereka berdua ni mungkin ada perasaan cinta, tapi belum ada masa untuk cinta itu dipupuk atau kedua-duanya masih belum bersedia. Jadi dengan adanya status macam ni yang wujud atas persetujuan kedua-dua belah pihak, mereka ni takdelah terikat atau bermonogami. Masing-masing bebas untuk keluar berjumpa dengan sesiapa dan mungkin tidur dengan date mereka pada hari itu tanpa rasa bersalah pada pasangan mereka.
Jadi agak pelik la bila aku nampak orang kita guna status tu. Kalau tak tau jangan buat sebab nanti menampakkan yang diri kita ni kurang bijak walaupun niat asalnya nak main-main sahaja.

Kalau tak tulis apa-apa?

Yang ni susah sikit, mungkin atas pagar, mungkin orang ini terlalu private, mungkin orang ni malas nak ber-relationship. Kita tak tau. Misteri. Nak tau kena tanya personally, tu pun kena ada sebab baek punya baru dia bagi tau..
Yang lain tu jarang nampak dan tak menarik untuk dibincangkan. So kita abaikan jelah ye. Apa kata korang? Ada nak tambah?

credit : Blog Ariff
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...