Majlis Cukur Jambul

Assalamualaikum u all, dah lama tak berupdate and now baru ada masa nak update ^^ btw pada 2 minggu yang lepas, miss sue ada job sikit laaaa .. miss sue masih baru lagi dalam bidang fotografi ni, dengan lense yang dah sedia ada je .. so enjoy the pic :)





Ahmad Zulwafiy bin Ahmad Zulhairi
"Semoga jadi anak yang baik & soleh pada ibu ayah"

LadiesPhotographer

Not forever alone

Assalamualaikum wbt pada awak awak semua yang termasuk blog ni dengan sengaja atau tak sengaja *ceh! skema ayat miss sue ni pulak , hahaha .. straight to the point entry ni untuk si dia yang jauh di mata dekat di hati .. hhmm , dah seminggu awak busy kan .. dan bertambah rindu saya dengan awak .. walaupun saya ego nak merajuk tapi saya nak awak tahu saya rindu dengan awak .. please don't ask why i miss you a loottt .. hhmm untuk pengetahuan awak juga, saya send mms tu pun saya nak awak tahu yang saya sangat merindui celoteh2 awak..bila awak dah busy macam ni , saya rasa tersisih walaupun awak dah bagitahu sebab apa awak busy .. maafkan saya ganggu awak ya sayang..hhmm sorry dearr .. hope lepas awak baca entry ni , janganlah terus call saya .. sebab saya dah terangkan kenapa saya merajuk ... :') bye

loveyoualot
Nurnashuha

Something happen to my heart

Assalamualaikum , entry ni untuk awak bernama lelaki .. lelaki yang mencintai miss sue .. sekian :'(

5 Kelebihan Wanita Berbadan Comel

Assalamualaikum wbt semua,WHAT ? the tittle about CHUBBY ? yes !! correct ! haaa .. untuk kita-kita yang berbadan comel comel belaka ni .. jom lah baca ! ingat wanita yang berbadan kurus je ada kelebihan .. no no !  wanita berbadan comel comel pun ada okay :) apa lagi baca lahh tau ..

Perempuan berbadan comel ni , tak kira lah besar ke gempal ke gemuk ke .. sering merasa RENDAH DIRI ??? tersisih , sedih .. ramai cakap lelaki gemuk okay what but kalau perempuan ? #think for yourself lah .. WHO SAYS LIKE THAT !! maybe awak yang fikir macam tu , but korang tengok lah .. ramai je orang yang berbadan comel comel ni happy dan positif dengan life dorang ( like me ) .

dan ini adalah KELEBIHAN ORANG BADAN COMEL COMEL je (*o*)

1) Anda bebas jalan seorang diri naik bas tanpa risau dicolek lelaki jalang. Ini kerana mereka mungkin bimbang jika dihempap anda atau mungkin tak larat mengangkat means melarikan anda. 

2) Sekiranya anda bakal berkahwin,tunang anda mestilah menghadiahkan sebentuk cincin. Disitu anda untung berbanding orang yang jarinya halus-malus. Semakin besar jari atau tangan anda semakin untunglah anda dengan lebih bilangan karat. Kalau mak mertua nak bagi gelang pun andalah menantu yang mendapat gelang EMAS terbesar sekali. Untung sungguh orang berbadan comel nih.

 3) kalau anda naik kereta beramai-ramai especially dengan kawan-kawan anda akan mendapat tempat duduk VIP iaitu didepan sebelah pemandu. Yang berbadan kecik halus biarkan mereka berhimpit dibelakang. Saya dah cuba anda bila lagi?. ;)

 4) kalau seseorang sukakan anda sekalipun anda tak perlu risau lagi kerana dah terang lagi bersuluh dia suka sebab awak baik bukan saiz badan anda. Tapi awak kena pandai jage personaliti lah. Jangan mengedik tau. Bayangkan orang kurus dah susah hati sebab memikirkan shape yang berlari sebab disound "buah hati". Blah la "buah hati" macam tu...

 5) bagi yang gemuk dialam persekolahan anda untung gile. Betulll. Sebab anda tak perlu fikirkan segala secret admire,peminat lelaki,bunge merah atas meja. Tumpukan pade pelajaran dan enjoy 150% dengan kawan2. Tak perlu risau anda dingorat ke,tak perlu sedih kes putus cinta ke. Dah besar,masuk universiti barula mule berdiet,mule melawa dan dicari pakwa (dicari ye).hehehe.. 



Banyak lagi tau kelebihan orang yang berbadan comel comel ni. Bukan saiz badan yang jadi ukuran yang penting hati budi dan personaliti kita yang jadi ukuran. Anda mungkin menjadi idola ramai malah mungkin dicemburui dan digilai jika punya karakter yang menarik. 
.

tutorial doodle guna microsoft excel

Assalamualaikum wbt awak semua , seperti dijanji kan dalam entry SINI .. miss sue nak share ilmu dengan korang semua .. hope ini dapat membantu awak semua buat doodle dengan mudah right ?











 SELAMAT MENCUBA :) tak faham sila comment tau ,  nanti miss sue ajar ..nite
p/s : gambar tak berapa jelas , click untuk tumbesaran okay

loveoflot-miss sue
xoxo :)

2# Doodle untuk awak

Assalamualaikum wbt , sebelum tu minta maaf dengan doodle sebelum ni .. terlupa nak bubuh url gambar .. sorry kali ni korang boleh lah ambik doodle yang tak seberapa ni .. untuk shout box, header ke or anything lah kann .. insyaAllah lagi dua tiga hari lagi miss sue akan tunjukkan tutorial buat doodle guna microsoft excel dan microsoft powerpoint .. memang senang dan software microsoft dekat lappy korang mesti ada kann ? hehe .. kalau korang nak ambil doodle ni just highlight kan doodle tu than Ctrl+C then copy dekat powerpoint or paint then save sbagai PNG tau .. kalau pakai Jpeg tak brpe cntik sgt gmbr tu :) *jgn lupa credit nama miss sue ya ..

http://i1104.photobucket.com/albums/h332/anna_joe1/picture4.png

http://i1104.photobucket.com/albums/h332/anna_joe1/doodle4-1.png

http://i1104.photobucket.com/albums/h332/anna_joe1/doodle17.png

http://i1104.photobucket.com/albums/h332/anna_joe1/doodle18.png

http://i1104.photobucket.com/albums/h332/anna_joe1/doodle19.png

http://i1104.photobucket.com/albums/h332/anna_joe1/doodle20.png

8 Petua Mencari Lelaki Yang Baik

Assalamualaikum wbt , hai awak-awak semua .. yang tersinggah dekat blog ni , hari ni miss sue nak share ilimu dengan korang ESPECIALLY kaum hawa .. ada baca tajuk entry dekat atas tak ? korang kena baca tajuk tu , apa yang miss sue nak share dengan kaum hawa , korang kalau nak kahwin mestilah nak future husband korang dari kalangan yang baik baik kan ? tapi bukan 100% yang kita nak ( perempuan ) ada dekat future husband kita kann .. orang putih cakap ' nobody perfect ' lahh .. tapi kita boleh berusaha untuk mendapatkan yang terbaik dalam kehidupan kita kannn ? hehe okay jom lah baca artikel ni , sorry membebel :)

1. Yang berkemampuan.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri, apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu. Begitu juga isteri yang baik. Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan. Kerana ada ketika suami-suami ini terlalai.

4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.

7. Mudah memaafkan.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.

sumber : nizarazu.com

KISAH PENGGUNTING RAMBUT


Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.
Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.
“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.
Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.
“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.
“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.
“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.
“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.
Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.
“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.
“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.
“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.
“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.
“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.
“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.
“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.
“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.
“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.
Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.
“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”
“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.
“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Tanda Orang yang Bersyukur

Sabda Rasullullah yang bermaksud :
"Apabila seseorang darimu memandang orang yang lebih darinya dari segi harta kekayaan dan rupa paras, maka hendaklah ia melihat pula kepada orang-orang yang lebih bawah darinya"

HURAIAN HADIS

Menurut ahli jiwa, disana ada dua sikap atau dua reaksi yang mungkin diambil seseorang apabila ia melihat orang-orang lain mempunyai kelebihan-kelebihan yang mengatasinya terutama dari segi kelebihan kekayaan dan kecantikan rupa.
Pertama: Ia melihat dengan perasaan hampa dan kecewa, ia melihat dengan perasaan dengki dan cemburu, ia melihat dengan hati yang diburu perasaan rendah diri, perasaan hina dan tidak puas terhadap diri sendiri, ia melihat dengan sikap meragui dan mempertikaikan keadilan Allah.
Kedua: Ia melihat dengan dada yang lapang dan dengan pengertian yang sihat bahawa ni'mat Allah kepada manusia itu adalah nisbi belaka.  Kebahagiaan dan nilai seseoarang bukan semestinya dicapai dengan kekayaan dan rupa yang cantik sahaja.  Betapa ramai orang kaya tetapi hidupnya celaka dan mempunyai nilai diri yang kosong, betapa ramai rupawan dan si tampan, tetapi hidupnya jauh dari bahagia dan nilai dirinya bergelimang dengan dosa dan noda.  Dan betapa ramai orang yang tidak punya kekayaan tetapi hidupnya bahagia, puas dan penuh erti, dan betapa ramai si buruk dan si hodoh yang mendapat tempat dalam hati khalayak ramai dan hidupnya bahagia dan gembira
Hadis ini menyarankan satu kaedah hidup yang bijaksana, jika kita memandang ada orang yang lebih kaya, lebih cantik, lebih pandai dan lebih bernasib baik dari kita, maka cepat-cepat kita menoleh ke bawah melihat betapa ramai manusia yang lebih kecil harta kekayaan dan lebih buruk parasnya dari kita, dari sini akan tercetuslah dalam hati kita rasa kesyukuran dan kepuasan yang mendalam.

Hati orang mu'min sentiasa dilimpahi kesedaran bahawa nilai hidup seseorang manusia disisi Allah bukan terletak pada kekayaan, pangkat kebesaran dan kecantikan rupa paras malah terletak pada pada darjat takwa dan ubudiahnya kepada Allah.  Inilah nilai hidup ubudiah yang tidak akan terjejas dengan perubahan-perubahan alam sekitar dan keadaan.

Update:3 disember 2011

Assalamualaikum wbt korang , sorry lama sangat tak update .. agak busy sejak kebelakangan ni :) korang sihat ? sekarang ni musim hujan kann , so be careful awak-awak semua .. yang tak sihat jangan lupa makan ubat .. ni miss sue ada sedikit ilmu yang boleh dishare bersama-sama .. especially kepada kaum hawa , mesti awak semua suka kannnn , hehe okay just read jak :)


Rahsia  Warna  Kegemaran  Wanita

Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna  dan tafsiran perwatakannya.

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.
BIRU 
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.
HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.
HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.
COKELAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.
UNGU 
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak  tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.
KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan  bijak.
KUNING 
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.
 PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

korang yang mana satu ya ? hehe , jangan terlalu mempercayainya tau .. just suka-suka


loveyousunshine 
xoxo : miss sue

Antara kau dan aku

Assalamualaikum wbt semua , hai .. apa khabar semua ? sihat ? hehe .. sesiapa yg sentiasa in blog sue ( oh ! ada ke? ) haha .. maafkan miss sue ya ! lama tak update .. busy dengan trip+assignment+penat+tiada idea :) btw bagi sesiapa yg tinggalkan link blog tu miss sue akan cuba untuk terjah blog korang okay ^.^ hari ni miss sue just nak story pasal future husband miss sue yang lama miss sue tak hupdate pasal dia , saja nak buat kejutan ! (ceh!kejutan kononnn) dan tajuk ni agak manisssss .. sesiapa yg read , sorry ya .. memang kali ni miss sue nak buat entry tentang dia ...

for you future husband :
Assalamualaikum wbt,sorry sayang..pasal kelmarin buat you panic or something else about me , btw i nak you tahu i sayangkan you , selagi i ada dengan you .. i akan cuba untuk buat you tersenyum , ketawa , susah dan senang i akan ada dengan you .. macam yang kita janji , InsyaAllah..
i tahu kadang-kadang tu you stress dengan perangai i yang kadang-kadang tak menentu ni kann .. tapi you still juga nak pujuk i .. masih sayang you dengan i kann , terima kasih you .. thanks for care sangat dengan i .. and for everything's ya dear .. may Allah bless you :')
p/s:walaupun suara you tak sedap,i tetap sayangkan you !

Patung dari virus penyakit


Boleh tak bayangkan bahawa virus seperti HIV, Spylis, Gonorrehea dan virus-virus terkenal serta microba seperti ini boleh menjdi sangat manis dan lucu?

Seorang designer kreatif telah menciptakan mainan boneka dari virus dan mikroba terkenal yang dibuat dengan skala 1 X 1.000.000

Ini hasilnya :

Bacteria Bookworm


Bacteria Clap (Gonorrhoea)


Bacteria Cold (Flu)


Bacteria Ecoli (Colon Bacillus)


Bacteria Flesheating (Necrotic Fasciitis)

comel kan kawan kawan ? lucu sangat !

credit : sini

tiga jenis header aku yang simple !

Assalamualaikum wbt , hai kawan kawan , lama sangat miss sue tak update blog ni .. cewahhh ! rindu uol's ! miss sue nak offer kan kepada kawan kawan blogger especially girl's !!! yg newbie tak tahu nak buat header mcm mana ?! kannnn so miss sue boleh buat kan TANPA BAYARAN ! wahhh !! promosi kannn kannn .. haaa miss sue akan ada kan offer ni selama seminggu ! korang tak nak ke ? miss sue boleh buat kan header untuk korang dgn citarasa korang .. best kannnn ?? tapi miss sue suka header yang sangat simple ! korang yg suke colourful ! miss sue pun boleh buat untuk korang ! haaaa so jangan laaa lepas peluang ini ya kawan kawan !! ni header yang miss sue buat , tp miss sue suke yg simple simple :) sebelum itu korang mesti tertanya tanya adakah doodle yang dibawah miss sue buat atau pun copycat dekat bloger lain ?? YES ! ada setengah miss sue ambil dekat blogger lain dengan izin tau ! yang lain bantuan abang google aauum aaaumm ! hehe so kepada yang berminat jangan lupe komen entry nie , or straight ke fb miss sue okay :) 




kepada follower miss sue , apa lagi jom laaa dapatkan header secara free di blog miss sue selama 
SEMINGGU !!

Relationship Status di Facebook – Cerita Di Sebaliknya


Facebook relationship
Kali ni aku nak cerita sikit pandangan aku pasal relationship status kat Facebook orang. Banyak yang kita boleh huraikan sebenarnya. hehe~ Satu lagi entri ntahapehape daripada Ariff Shah.

Single

Awek singleTerang dan nyata, tak perlu bersuluh lagi. Kalau perempuan letak status single, bunyinya lebih kurang macam ni “Hello, Nama saya XXX. Umur X. Saya masih single. Marilah berkenalan dengan saya =)” Kiranya awek yang letak relationship status as single ni memang dah ready untuk berkenalan dengan lelaki lain dan mungkin menjalin hubungan dengan mereka.
Kalau lelaki pulak, aku cakap kurang macho sket. haha~ Untuk lelaki, elemen surprise tu penting. Macam ni, mula-mula kita tunjuk minat kat girl tu. Tanya itu ini bla bla bla, lepas tu bila girl tu sedar yang kita bagi dia banyak attention mesti dia tertanya-tanya “ish.. mamat ni single ke tak ni?” Anxiety atau perasan ingin tahu bertindak lebih baik daripada kalau perempuan tu awal-awal lagi dah tau ko single. Sebabnya, kalau dia tahu ko single dan ko approach dia cakap nak kenal, dia dah bajet awal-awal yang ko mi tak lain dan tak bukan nak ngorat dia. Perempuan akan perasan hot bila ramai lelaki nak kenal dengan dia (ni aku tau daripada perempuan sendiri ok!) dan confirmla ramai lelaki tengah, sedang dan telah approach dia . Jadi agak susah la nak curi hati dia. chewahhh~
Lagi satu kalau lelaki yang tunjuk status single ni macam tak heran sangat nak ber-relationship ke tak masa tu. Mereka hanya menjadi jujur, tak nak fikir banyak-banyak sangat pasal perempuan.

In a Relationship

Yang ni dia tak cakap in a relationship dengan siapa. Sebabnya:
  1. Pasangan dia takde Facebook <– wujud lagi ke orang macam ni?
  2. Dia nak relationship tu jadi private, mungkin dalam friend list ade 5000 friends.
  3. Couple dia tak comel/kacak/cantik?
  4. Couple dia sama jantina, kira nak sembunyikan ke-homoseksualan dia la.
  5. Pasangan dia dah deactivate akaun Facebook tapi mereka masih bersama.
Kalau yang tulis dia in a relationship dengan si polan bin/binti si polan pulak:
  1. Pasangan cantik/hot/kacak/macho/bergaya. Mesti tunjuk kat semua orang. hoyeah~
  2. Biasanya pasangan ni kawan, mungkin kawan masa sekolah atau kawan kat uni, so kalau couple announce je la kat Facebook.
  3. Saje nak make it official. Sekarang ni Facebook dah jadi semacam kayu ukur relationship orang pulak padahal benda relationship ni personal, kalau tak mention pun takpe.
  4. Apa lagi? aah~ Aku dah buntu.. Tambah sendiri.

It’s Complicated

Golongan yang ni la kan aku rasa memang attention seeker betul la. Kalau relationship dah tak tentu dan ada complication tu tak payah la bagitau satu dunia, benda relationship ni sepatutnya jadi personal. Time happy boleh la share dengan satu dunia, time tak happy simpan sendiri cukuplah.
Yang jelas kat sini ialah, mereka ni mungkin jenis yang kurang serius dengan relationship tersebut. Dalam relationship ni, jangan elak daripada berhadapan dengan masalah. Lagi banyak kita elak, lagi besar masalah tu jadi. Bila sampai satu tahap besar sangat, dengan sakit hati yang dah terkumpul sekian lama, memang relation tu tak akan ke mana. Masing-masing dah bosan dan muak. Jadi kalaulah ada masalah sekecil mana pun, selesaikan dan kalau perlu, minta maaf atau maafkan kesalahan yang menjadi penyebab masalah tu. Kemaafan itu adalah sesuatu yang manis
Forgiveness is a funny thing.  It warms the heart and cools the sting.  ~William Arthur Ward

In An Open Relationship

Agak kelakar sebenarnya banyak orang kita dalam Facebook kadang-kadang letak status in an open relationship. Bila tanya balik tahu ke tak apa maksud status tu, semua terpinga-pinga tak reti jawab.
Pertama sekali kena tahu yang Facebook ni adalah permainan sosial orang putih pada asalnya. Mereka ni open, termasuklah bab-bab seksualiti ni semua. Jadi mereka cipta la status in an open relationship ni untuk pasangan yang tak mahu terikat tapi masih mahu bersama. Faham tak macam mana? Kononnya mungkin mereka berdua ni mungkin ada perasaan cinta, tapi belum ada masa untuk cinta itu dipupuk atau kedua-duanya masih belum bersedia. Jadi dengan adanya status macam ni yang wujud atas persetujuan kedua-dua belah pihak, mereka ni takdelah terikat atau bermonogami. Masing-masing bebas untuk keluar berjumpa dengan sesiapa dan mungkin tidur dengan date mereka pada hari itu tanpa rasa bersalah pada pasangan mereka.
Jadi agak pelik la bila aku nampak orang kita guna status tu. Kalau tak tau jangan buat sebab nanti menampakkan yang diri kita ni kurang bijak walaupun niat asalnya nak main-main sahaja.

Kalau tak tulis apa-apa?

Yang ni susah sikit, mungkin atas pagar, mungkin orang ini terlalu private, mungkin orang ni malas nak ber-relationship. Kita tak tau. Misteri. Nak tau kena tanya personally, tu pun kena ada sebab baek punya baru dia bagi tau..
Yang lain tu jarang nampak dan tak menarik untuk dibincangkan. So kita abaikan jelah ye. Apa kata korang? Ada nak tambah?

credit : Blog Ariff

20 Fakta Menarik Tentang Lipas



  1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha
  2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow
  3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
  4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
  5. Lipas mempunyai darah berwarna putih
  6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
  7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
  8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
  9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
  10. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
  11. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
  12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
  13. Lipas ada gigi di dalam perutnya
  14. Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
  15. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
  16. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
  17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
  18. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
  19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
  20. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa haha

untunglah orang yang jual top up

Assalamualaikum wbt semua , selamat pagi .. haaa hari ni bicara kan tentang cukai yang akan dikenakan * ceh skema benor ayat aku ! haha okay okay so apa pendapat korang tentang isu ni ? nak marah kerajaan ? tak boleh jugak course , yang naikan cukai ni adalah perkhidmatan talian maxis , celcom , digi , u mobile dan sebagainya .. tapi masih tak disahkan lagi .. so tunggu lah 15/9/2011 ni .. yang gambar dibawah ni adalah untuk pengguna maxis :) 




maklumat lanjut sini

TUTORIAL : cara ringankan blog korang ^_^

Assalamualaikum wbt korang , hope korang sihat .. yg tak sihat tu makan ubat okay .. rehat secukupnya :) haa hari ini saat ini laah kann ! cik sue nak ajar korang or share something dengan korang yang mungkin dah tahu .. its okay tapi yang tak tahu tu jom laaa buat macam mana nak ringankan blog korang tuuuuuu haaaa mesti korang nak buat kannn so ..  btw kalau lah blog korang tu bnyak sgt gadjet yang TAK PERLU ADA lebih better buang kann , gadjet tu yang buat kan blog korang LAMBAT loadinggggggggg .. ada faham ka ? cik sue dah try buat , mmg ringan .. tak banyak gadjet pun yang cik sue bubuh  blog cik sue ... bergantung pada blog korang lahh .. mana yang tak patut delete okay ?


1 step ^_^
design
add a gadjet
pilih Html/javascript
copy and paste code ni okay ^_^



<script src='https://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4.4/jquery.min.js' type='text/javascript'>
<script type='text/javascript' src='https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.lazyload.mini.js?ver=1.5.0'></script>

SAVE and DONE !

amboi , BERlambak lahhh anak dara tua lopas ni

Assalamualaikum wbt korang :) selamat tengahari dah lunch ke korang ? kalau belum tu pergi la masak ke , apa ke kannnn ... hari ni open je facebook amboi ramai status pasai nilai hantaran yang TINGGI !! habislah macam ni , tak kahwin cik sue HAHA ... ( kahwin kahwin , belajar pun tak habis lagi ) ^.^ so yang ni purata terkini dan status pelajaran diseluruh Semenanjung :-



cik sue student diploma , agak incik boyfie nak kahwin tak dengan cik sue ?? aduh dah macam jual anak je -.-'  ... 

Hebatnya Seorang Ibu


'Ibu' adalah nama yang tidak dapat dipisahkan dalam kotak memori setiap insan. Pertarungan nyawa dan ketabahan menahan kesakitan mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak bukanlah perkara asing dalam catatan diari hidup seorang ibu. Itulah tugas yang tercatat sebagai seorang ibu yang benar-benar berfungsi dalam mendidik anak-anak.
Air mata, kelembutan, kasih sayang dan teman di masa susah atau senang adalah sebuah nukilan khas yang boleh saya dedikasikan buat ibu saya. Malah hemat saya juga tersemat utuh menyatakan semua ibu di dunia ini punya rasa yang sama. Naluri keibuan ini adalah sunnatullah yang tercipta bermula daripada Hawa AS. Jadi semestinya semua ibu, bakal ibu malah semua wanita mempunyai sifat-sifat yang saya nyatakan. Semestinya benar, bukankah begitu?
Dulu, Kisah sebuah memori
Masih tersemat utuh dalam ingatan saya betapa ibu saya cukup mudah mengalirkan air mata. Semasa saya atau adik saya dirotan ayah, ibulah selalunya akan membela dengan aliran air mata. Semasa kakak saya yang sulung melangkahkan kaki meninggalkan rumah mengikut suami selepas majlis akad dilangsungkan, ibu saya menghantar pemergiannya dengan linangan air mata. Masa itu saya cukup pelik kenapa ibu saya menangis sedangkan kakak saya pergi secara terhormat mengikut suami. Masa itu saya buntu tidak berjawapan.
Suri rumah sepenuh masa menjadikan anak-anak amat rapat dengan ibu. Masih terbayang di minda saya hingga kini betapa kalutnya ibu saya setiap pagi menyediakan sarapan sebelum saya dan adik-adik ke sekolah. Sememangnya saya antara anak yang cukup susah untuk makan pagi sekalipun dengan hanya minum teh dan apa yang pasti ibu saya akan membawa minuman hingga ke pintu luar dan akan pastikan saya mengambil sarapan walaupun dengan hanya seteguk air.
Masih terngiang kata-kata ibu bila saya mula berdegil tidak mahu bersarapan, "Minum lah sikit baru cergas dalam kelas" atau kadang-kadang ibu juga mengugut jika saya tetap berdegail, "Tak baik tu, minum sikit nanti tak berkat belajar". Mungkin kerana takut dengan ugutan, saya selalunya akan memaksa diri minum juga walau seteguk.
Tabiat saya yang jarang bersarapan melekat hingga kini kerana tiada siapa lagi yang boleh memaksa saya bersarapan. Tapi yang agak melucukan apabila ibu saya selalu berpesan dicorong-corong telefon setiap kali saya saya menelefon rumah atau melalui SMS dengan 3 perkara; kerapkan mandi, ambil sarapan dan banyakkan minum air. Tapi biasalah saya memang degil...
Kisah ibu saya yang murah air mata terhadap anak-anak saya panjangkan dengan kisah kakak sulung saya. Ketika abang ipar saya menyambung pengajian di UKM sejurus sahaja lahir anak sulung menjadikan hidup mereka sekeluarga agak susah. Hidup di Kuala Lumpur menjadikan kesempitan mereka kian parah. Berbekalkan gaji sebagai kerani sekolah kakak saya yang tidak sampai ke angka 1000 dan separuh gaji suami lantaran bercuti menyambung pengajian sepenuh masa sebagai guru menjadikan hidup mereka kian terhimpit.
Hidup menyewa di rumah setinggan yang rata-rata didiami warga Indonesia menjadikan hati saya pilu dan kadang-kadang mata saya juga berkaca. Pernah saya berseloroh pada kakak saya untuk membawa pulang Along (anak sulung kakak saya) ke kampung bila lahirnya anak yang kedua. Reaksi yang saya terima hanyalah linangan air mata tanpa kata. Kakak saya menangis bila ada sahaja cadangan mahu memisahkan dia daripada anak-anak. Tekadnya biarlah susah macam mana sekalipun asalkan anak-anak tetap bersama.
Niat saya semasa memberikakan cadangan untuk membawa pulang anak sulung kakak saya ke kampung dan dipelihara ibu saya lahir daripada rasa kesian yang amat sangat dengan kesempitan yang dialami. Mudah-mudahan kesusahan tersebut dapat dikurangkan.
Pernah suatu ketika semasa melahirkan anak kedua, semasa dalam pantang 40 hari kakak saya ke klinik dengan menaiki bas bersama 2 anak. Anak sulung berumur setahun setengah dipimpin dan anak ke dua yang baru berumur sebulan didukung dengan menaiki bas untuk ke klinik dalam kesesakan kota. Hati mana yang tidak sedih bila mendengar khabar susah kakak sebegitu. Tidak mampu saya bayangkan betapa susahnya hidup mereka anak-beranak.
Namun semuanya diceritakan selepas abang ipar saya tamat pengajian dan sekarang sudahpun menjadi pensyarah di Universiti Malaya dan sedang menyiapkan tesis PhD dalam bidang Psikologi Dan Pendidikan Khas Kanak-Kanak Istimewa. Sesungguhnya perlu saya iyakan, disebalik kehebatan seorang lelaki rupanya ada jasa insan tabah yang bernama isteri. 
Kini, Kisah Sebuah Realiti
Pandangan saya bahawa ibu saya hanya mampu menangis bila berpisah dengan anak-anak rupanya meleset. Dalam Majlis Konvokesyen apabila saya naik ke pentas untuk berucap mewakili pelajar ibu saya langsung tidak menangis. Semasa di lapangan terbang ketika menghantar saya ke Mesir, ibu saya juga tidak menangis. Masih saya ingat senyuman dan pelukkan terakhir tersebut langsung tidak menunjukkan reaksi sedih malah ibu saya nampak tenang dan gembira. Apa yang terbaliknya saya pula yang sebak dan mata saya sedikit berkaca sebagaimana ayah saya juga.
Lama saya berfikir kenapa ibu saya mula bertegas dan tidak menangis ketika menghantar saya di Airport. Seminggu selepas itu saya menelefon ibu saya dan saya straight bertanya kenapa demikian jadinya. Ibu saya bercerita bahawa 3 tahun beliau bersedia dengan perpisahan ini sebaik sahaja saya menjejakkan kaki ke KIAS, Nilam puri dan bertegas untuk menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Katanya lagi, kini tiada apa lagi yang mahu disedihkan kerana hasratnya untuk melihat saya menjadi seorang berilmu kian hampir.
Ibu saya tidak menaruh harapan yang terlampau tinggi terhadap saya dan adik-beradik lelaki yang lain. Katanya beliau sudah puas hati sekiranya anak-anak berilmu, mampu menjadi imam di masjid dan mampu berkongsi ilmu dengan orang kampung. Pada saya tanggungjawab itu susah dan harapan itu tinggi. 
credit:iluveislam

Adab Minum Rasulullah S.A.W.


Rasulullah S.A.W. amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini adalah amalan kesihatan. Rasulullah S.A.W. juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa pada waktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
  1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir).
  2. Mencuci perut.
  3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke dalam usus besar.
  4. Menghapuskan sekatan di dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.
  5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.
Rasulullah S.A.W. suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.
 
Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah S.A.W. suka minum minuman manis dan sejuk". Hadis ini bermaksud, baginda menggemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Di dalam suatu doa, Rasulullah ada menyebut: "Ya Allah, kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar daripada cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk".

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan sebagai bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk ke dalam tubuh, lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum:
  1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
  2. Bacalah "Bismillah".
  3. Minum dengan tiga nafas.
  4. Minum dalam keadaan duduk.
  5. Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum, arahkan pernafasan ke tempat lain.
  6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan), bacalah Alhamdulillah.
  7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
  8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
  9. Minumlah dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...