8 Petua Mencari Lelaki Yang Baik

Assalamualaikum wbt , hai awak-awak semua .. yang tersinggah dekat blog ni , hari ni miss sue nak share ilimu dengan korang ESPECIALLY kaum hawa .. ada baca tajuk entry dekat atas tak ? korang kena baca tajuk tu , apa yang miss sue nak share dengan kaum hawa , korang kalau nak kahwin mestilah nak future husband korang dari kalangan yang baik baik kan ? tapi bukan 100% yang kita nak ( perempuan ) ada dekat future husband kita kann .. orang putih cakap ' nobody perfect ' lahh .. tapi kita boleh berusaha untuk mendapatkan yang terbaik dalam kehidupan kita kannn ? hehe okay jom lah baca artikel ni , sorry membebel :)

1. Yang berkemampuan.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri, apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu. Begitu juga isteri yang baik. Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan. Kerana ada ketika suami-suami ini terlalai.

4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.

7. Mudah memaafkan.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.

sumber : nizarazu.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...