Kek Secret Recipe HARAM dimakan ?


Entahlah. Aku baru terbaca berita ni di blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Terkejut sangat-sangat. Sebabnya aku adalah PEMINAT TEGAR cheese cake Secret Recipe. Terlalu kerap sangat aku dah 'ngap' cheese cake Secret Recipe ni selama ni.
Tup-tup, baru tadi aku terbaca entri di blog PPIM tu. Mahu tak terkejut dibuatnya. Yerlah kan . Semua kek yang aku dah makan tu dah jadi darah daging aku. Sedangkan aku tahu dalam ajaran Islam, setiap daging yang terbentuk dari benda haram, hanya api neraka lah yang layak untuknya. Mahu  tak kecut perut dibuatnya.
"Wahai Allah, ampuni lah atas ketidak tahuan aku tentang perkara ini, sehingga menyebabkan aku termakan benda-benda yang Engkau haramkan."
Berikut ni aku kongsikan kandungan artikel yang aku COPY & PASTE dari blog PPIM tu. Harap kita sama-sama dapat ambil perhatian serius perkara ini. TIADA KOMPROMI dalam bab HALAL & HARAM. Lebih-lebih lagi yang melibatkan makan minum kita.
DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe


Kadang-kadang aku memang semacam tak paham, rasanya dah hampir semua makanan kat Malaysia ini dah tak selamat dah!  Kata jer Malaysia ini negara islam? Tapi persekitaran? Kedai-kedai makan pun banyak yang was-was!
Sikit-sikit buat makanan mesti nak masuk inzim babi ker? DNA babi ker! macam wajib letak pulak dah! 

Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011
telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.Dua ramuan terbabit ialah 'Whole Egg Powder' dan 'Whole Milk Powder.'
Syarikat tersebut adalah:


Justeru, orang ramai
 dinasihatkan supaya melayari laman webwww.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.   p/s- Serik dah aku nak makan cheese cake secret recipe ni. Anda bagaimana? Tepuk dada, tanyalah iman.  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...